Reka letak Wikipedia:Garis_panduan_penulisan_yang_lebih_baik

Reka letak rencana adalah mustahak. Rencana yang baik bermula dengan beberapa bahan pendahuluan dan menyampaikan maklumat melalui struktur yang jelas. Ini diikuti oleh lampiran-lampiran piawai seperti rujukan dan rencana berkaitan.

Struktur rencana

Bahan pengenalan

Rencana yang baik bermula dengan satu bahagian pimpin yang ringkas untuk memperkenalkan perkara dalam rencana. Kami akan membincangkan bahagian pimpin secara terperinci di bawah. Oleh sebab bahagian pimpin selalu ditulis sebelum tajuk bahagian yang pertama, penggunaan ==Introduction== tidak diperlukan. Satu tajuk yang biasa digunakan untuk bahagian pertama dalam rencana yang lebih panjang (selepas perenggan pendahuluan) ialah "Gambaran Keseluruhan". Bagaimanpun, tajuk bahagian yang lebih khusus adalah lebih baik.

Saiz

Pastikan bahawa rencana tidak terlalu panjang. Saiz tidak melebihi 32kB disarankan (kecuali untuk senarai). Jika rencana melebihi 32kB, ia harus dibahagikan untuk memudahkan pembacaan dan penyuntingan. Subbahagian yang bertajuk harus disimpan, dan sebuah tajuk berhuruf condong dimasukkan seperti berikut untuk menunjukkan kandungan yang telah dikeluarkan: Rencana utama: Sejarah Melaka. Jika anda tidak berbuat demikian, konteks akan terhilang dan rencana anda akan terjejas.

Terdapat juga persoalan teknikal yang lain mengenai penyuntingan rencana yang melebihi 32kB. Tidak ramai penyunting akan membaca seluruh rencana yang sepanjang 50 atau 70kB yang mempunyai struktur yang buruk jika mereka cuma hendak memastikan bahawa maklumat yang mereka ingin memasukkan tidak sedia ada. Akibatnya ialah maklumat disalah letak, diganda ataupun langsung tidak dimasukkan.

Perenggan

Dengan alasan yang sama, perenggan harus tidak terlalu panjang untuk mengurangkan keletihan mata, tetapi ia juga tidak boleh terlalu pendek. Kumpulkan perkara-perkara dan ayat-ayat yang serupa supaya memudahkan pembacaan. Perenggan yang panjang biasanya boleh dibahagikan menjadi dua atau lebih perenggan yang mempunyai tema yang serupa, jika perenggan kedua mempunyai ayat pendahuluan untuk memeliharakan sambungan, umpamanya: "Terdapatnya banyak lagi contoh yang lain." Sebaliknya, satu perenggan yang cuma mengandungi satu ayat seolah-olah merupakan tembakan meriam dalam sebuah persembahan: oleh sebab ia amat menarik perhatian, anda harus memastikan bahawa ayat itu adalah ayat yang amat baik. Sebuah rencana yang mengandungi perenggan yang mempunyai satu ayat sahaja biasanya boleh digabungkan mengikut tema menjadi beberapa perenggan.

Tajuk bahagian

Tajuk-tajuk bahagian membantu menjernihkan rencana dan merupakan bahan untuk jadual kandung; sila lihat Wikipedia:Bahagian. Oleh sebab tajuk adalah berhierarki, dan beberapa pengguna menomborkannya melalui tatarajah mereka, anda harus bermula dengan:==Tajuk bahagian== diikuti oleh ===Subtajuk bahagian===, ====Subsubtajuk bahagian====, dan sebagainya.Ya, ==Tajuk bahagian== adalah terlalu besar dalam beberapa pelayar, tetapi ini boleh diperbaiki pada masa hadapan dengan gaya sunting berkaskad berbanding rencana yang tidak berstruktur.

Sedangkan anda mungkin lebih suka menggunakan titik bulet dalam bahagian berbanding penggunaan subtajuk, anda harus memastikan bahawa fon tebal tidak diguna. Amalan HTML yang baik menetapkan bahawa tajuk harus ditandai sebagai tajuk. Adakah subtopik yang luas harus disimpan dalam satu halaman ataupun dialih ke halaman-halaman yang lain merupakan satu persoalan budi bicara penulis. Secara amnya, subtajuk harus disusun mengikut abjad, khususnya sewaktu menyenaraikan negara.

Pengwujudan tajuk kecil merupakan satu cara untuk mengorganisasi suatu rencana yang panjang. Rencana yang membincangkan masalah yang rumit, ataupun topik yang luas adalah digalakkan untuk dipecahkan kepada tajuk-tajuk yang kecil supaya ia mudah difahami.

Walaupun demikian, pewujudan tajuk kecil yang terlalu banyak akan merosakkan kerapian rencana. Perbuatan memecahkan rencana kepada tajuk-tajuk kecil yang banyak akan menyebabkan rencana berkenaan hilang kesatuannya. Rencana berkenaan akan nampak longlai dan tidak bertenaga.

Maka setiap kali mewujudkan tajuk kecil, sila pastikan anda mempunyai isi yang cukup banyak untuk tajuk kecil itu.

Imej

Jika rencana boleh diterangkan dengan imej, carilah tempat yang sesuai untuk meletakkannya supaya imej-imej berdekatan dengan teks yang berkaitan. Jika terdapat kekeliruan, tarikkan perhatian kepada imej dengan menggunakan teks seperti (lihat imej di kanan). Untuk maklumat lanjut, sila lihat Wikipedia:Tutorial imej.

Lampiran piawai

Beberapa bahagian tidak wajib boleh dimasukkan di penghujung rencana.

Petikan
Di bawah tajuk ini, senaraikan petikan yang tidak dapat dilupai, jika sesuai.
Topik berkaitan atau Lihat juga

Masukkan dalam senarai berbulet, rencana lain dalam Wikipedia yang berkaitan dengan rencana ini. Umpamanya:

Atau untuk kelihatan yang tidak begitu formal, anda boleh mengguna:

Lihat juga: Halaman Utama, Perubahan terkini

Rujukan

Di bawah tajuk bahagian ini, letakkan dalam gaya senarai berbulet buku-buku, rencana-rencana, dan halaman-halaman web, sumber-sumber yang anda telah menggunakan untuk mencipta rencana anda. Umpamanya:

  • Pooh, W. T. & Robin, C. (1926). "Bagaimana menangkap fatifatibombom" dalam A. A. Milne (Ed.), Karma Kanga, ms. 23–47. Hundred Acre Wood: Wol Press.

Yang paling mustahak ialah pemasukan maklumat yang sempurna, serupa dengan apa yang anda biasa berbuat untuk bibliografi lain. Format yang muktamad masih diperdebatkan dan boleh ditetapkan kemudian. Sila lihat Wikipedia:Menyebut sumber-sumber untuk maklumat lanjut.

Pautan luar (juga digelarkan "Bacaan lanjut")

Letakkan di sini, dalam gaya senarai, halaman web, rencana atau buku yang anda mengesyorkan kepada pembaca rencana ini. Nota: jangan letakkan di sini sumber yang anda telah menggunakan sebagai sumber untuk rencana anda. Semua sumber harus dimasukkan dalam bahagian Rujukan. Sila lihat: Wikipedia:Menyebut sumber-sumber untuk maklumat lanjut.

Kodnya ialah: * [http://www.webstyleguide.com/ Halaman web untuk Panduan Gaya Yale]

Jika anda berpaut ke tapak web yang lain, anda harus memberikan ringkasan mengenai kandungan tapak web itu serta menghuraikan kepentingannya kepada rencana anda. Umpamanya:

Pautan tanpa huraianPautan dengan huraian
  • Lubang Ingatan oleh Russ Kick, sebuah tapak web yang "wujud untuk memeliharakan dan menyebarkan bahan yang berada dalam keadaan bahaya kerana boleh terhilang, sukar dicari, atau tidak dikenali secara meluas" . Tapak ini sentiasa dikemaskini dengan pemasukan dokumen baru yang diperoleh oleh penyunting sendiri melalui permintaan-permintaan Akta Kebebasan Maklumat. Tapak ini juga memberikan pautan ke laporan tapak luaran.

Jika anda mengendalikan persoalan-persoalan yang berkontroversi, adalah amat berguna jika anda boleh menunjukkan tapak-tapak yang membelahi mana satu pihak serta mengasingkan pautan untuk penyokong dan pembangkang.

Mencari maklumat ataupun perhubungan kekadangnya juga boleh menarik minat. Sewaktu berpaut ke tapak yang berniaga, anda mungkin hendak memberikan maklumat mengenai keperluan pendaftaran dan syarat-syarat lain, khususnya keperluan yang tidak disangkai.

Halaman web kekadangnya memerlukan masa yang agak panjang untuk memuat turun ataupun untuk menilai. Jika sebuah halaman telah diketahui memerlukan masa yang panjang untuk muat turun, atau memerlukan perisian yang khas untuk mentafsir (umpamanya, fail PDF), maklumkanlah hal tersebut.

Jangan berpaut ke halaman luaran jika kita memerlukan rencana tersebut dalam Wikipedia. Umpamanya, jika anda menulis rencana mengenai Descartes dan anda tahu akan sebuah rencana rasionalisme yang baik dalam internet, jangan berpaut ke rencana itu. Pautkan perkataan rasionalisme, dan tambahkan pautan luar untuk rencana dalam internet itu dalam bahagian "Pautan luar" (untuk kedua-dua rencana, iaitu rencana "Descartes" dan rencana "Rasionalisme", jika ada).

Reka letak untuk rencana panjang

Rencana berkaitan: Wikipedia:Reka letak rencana panjang; Wikipedia:Saiz rencana

Kepanjangan sesuatu rencana Wikipedia bertambah sewaktu lebih ramai pengguna memasukkan maklumat ke dalamnya. Ini tidak boleh berterusan tanpa had: rencana yang terlalu panjang menimbulkan masalah. Oleh sebab itu, kita harus menghapuskan maklumat dari semasa ke semasa.

Maklumat yang menjejaskan tujuan penyumbangan harus tidak dihapuskan daripada Wikipedia. Dalam keadaan tersebut, ciptakanlah rencana baru untuk mengandungi maklumat yang hendak dihapus.

Rencana yang merangkumi subtopik

Rencana Wikipedia cenderung bertumbuh dengan cara yang menyebabkan kelahiran rencana baru secara semula jadi. Teks rencana terdiri daripada subtopik berturut-turut yang berkaitan tetapi berasingan. Sewaktu teks untuk sebuah subtopik adalah mencukupi, sebuah rencana baru boleh diciptakan. Ini boleh dilaksanakan dengan menggantikan teks dalam rencana asal dengan pautan ke rencana baru. Beberapa sifatnya adalah seperti berikut:

  • Rencana yang lebih panjang boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian (setiap bahagian mengandungi beberapa perenggan. Penggunaan subbahagian boleh memanjangkan bahagian lagi)
  • Dalam keadaan yang unggul, kebanyakan daripada bahagian ini akan memberikan ringkasan untuk rencana-rencana berasingan yang telah dicipta untuk subtopik yang dibentangkan dalam bahagian tersebut (pautan Rencana utama atau pautan yang serupa diletakkan di bawa tajuk bahagian - sila lihat Templat:Utama)
  • Setiap rencana mengenai subtopik akan mempunyai bahagian pimpin masing-masing
  • Sebagai peraturan, halaman jenis ini tidak akan mencetuskan amaran saiz halaman (dalam kes yang jarang terjadi, had 32kB boleh dibiarkan kerana tujuan had 32kB ialah untuk memudahkan pembacaan dan bukannya untuk menyekatkan penggunaan markap yang boleh menelan banyak bait dan meningkatkan saiz halaman supaya melebihi 32kB).

Contoh-contoh rencana yang berbuat demikian adalah seperti berikut:

  • Kriket, di mana halamannya dibahagikan kepada pelbagai subbahagian yang memberikan gambaran keseluruhan sukan tersebut, dengan setiap subbahagian menujui ke satu or lebih rencana subtopik serta mengandungi bahagian 'Lihat juga' pada penghujung rencana
  • Sejarah peni British, yang merupakan sebahagian 'Siri sejarah peni British', sebagaimana ditunjukkan dalam jadual disebelah kanan rencana ini.

Beberapa rencana telah dibahagikan menjadi satu siri halaman. Satu contoh bagi gaya ini ialah Kehidupan awal dan pencapaian Isaac Newton. Dalam keadaan tersebut, terdapatnya sebuah halaman kandungan untuk seluruh siri halaman-halaman.

Mengimbangkan bahagian halaman

Jika rencana adalah panjang dan mengandungi banyak subtopik yang mempunyai rencana masing-masing, cubalah mengimbangkan bahagian-bahagian dalam halaman utama. Janganlah menitikberatkan sebahagian rencana dan menjejaskan bahagian-bahagian yang lain.

Dalam rencana yang pendek, jika terdapat satu subtopik yang mengandungi lebih banyak teks berbanding subtopik yang lain, ini adalah satu tanda bahawa subtopik itu harus mempunyai halaman kendiri. Hanya ringkasan untuk subtopik itu sahaja perlu ditulis dalam rencana utama.